top of page

WHAT SEEDS DID

{ 1 }

Family Day SEEDs

Merupakan program dwi semester yang melibatkan semua pelajar dari tiga kursus iaitu kimia, fizik dan biology pendidikan. Pada 27/4/2014 , SEEDs telah menganjurkan FAMILY DAY SEEDs buat kali pertama yang bertempat di padang intec dan sekitar Fakulti Pendidikan. Pelbagai aktiviti di jalankan seperti Running Man, Boling Kelapa, Rubber Kiss dan banyak lagi. Program ini akan dijalankan buat kali kedua pada tahun 2015.

{ 2 }

Program Anak Yatim

Pada 18 Mei 2014, anggota SEEDs telah bertolak ke Sepang , Selangor dalam expedisi untuk bersama Anak-Anak Yatim Baitus Sakinah. Aktiviti dijalankan dengan selaras misi negara dalam melahirkan pelajar  yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Dalam expedisi ini ia lebih kepada konteks rohani dan emosi. Terdapat beberapa aktiviti dijalankan bersama anak-anak yatim Baitus Sakinah.

{ 3 }

Dedication Days

Dedication Day merupakan program berlangsung selama seminggu yang dijalankan pada 12 hingga 14 Mei 2014 bertempat di Edu Square. Ia merupakan aktiviti berkonsepkan keusahawanan. Terdapat pelbagai cenderamata di jual serta pencuci mulut.

{ 4 }

Anugerah Dekan & Malam Pra Graduan

Pada 14 Jun 2014, SEEDs bersama ETHOS telah menjayakan program Anugerah Dekan & Malam Pra Graduan bertempat di Denai Alam Recreational And Riding Club.

{ 5 }

Ahlan Ya Muharram merupakan program anjuran bersama SEEDS , MESA dan PMFP yang dijalankan pada 30/10/2014 bertempat di sekitar Fakulti Pendidikan. Ia merupakan aktiviti berkonsepkan kerohanian. 

{ 6 }

Reaching For The Star merupakan program anjuran SEEDS berlangsung di Dewan Besar Intec yang dijalankan pada

30 / 11/ 2014 . Ia merupakan program SEEDS yang terakhir pada tahun 2014. Terdapat beberapa slot menarik seperti ceramah yang di sampaikan Prof. Dr. Harith Ahmad , persembahan dari pelajar sains dan banyak lagi aktiviti menarik. 

  • w-facebook

© 2014 by Science Education Society ( SEEDS )

bottom of page